laporan akhir latihan industri politeknik
sistem pencegahan kebakaran...
3
SISTEM PENCEGAS KEBAKARAN
Sistem ini merupakan pemasangan tetap yang dirancang untuk mengesan
kebakaran, membunyikan penggera kebakaran, mengawal dan memadam kebakaran. Pemasangan sistem ini hendaklah mematuhi
kod-kod amali yang telah ditetapkan.
Antara faktor yang perlu dipertimbangkan dalam menentukan peralatan ini
ialah ketinggian dan keluasan bangunan tersebut. Sistem pencegah kebakaran terbahagi kepada 2
bahagian, iaitu :
·
Sistem
pencegah kebakaran (SPK) :
Tujuan system ini
dipasang adalah untuk mencegah dan mengawal kebakaran diperingkat awalan.
·
Sistem
peralatan kawalan dan penggera kebakaran :
Tiga fungsi utama
sistem ini adalah pengenalpastian, pengesahan kawalan, dan petunjuk penggeraan.
Pada kebiasaannya,
sistem pencegahan jenis ini disambungkan bersama pendawaian elektrik dengan
sistem penggera. Ianya kemudiannya
disambungkan kepada panel peti penggera kebakaran.
4.1.4 SISTEM PERALATAN
PENCEGAH KEBAKARAN.
i. Sistem
Gelung Hos (Hose Reel System)
Sistem ini juga dikenali sebagai sistem bantu
mula. Dalam keadaan berfungsi, sistem
ini sentiasa berada di dalam tekanan.
Pam elektik akan berfungsi apabila tekanan air menurun (ketika gelung
hos dibuka) 5% daripada tekanan bekerja, bagi meninggikan semula tekanan. Tetapi apabila berlaku kerosakan pada pam
elektrik atau terputus bekalan elektrik , maka pam diesel akan dihidupkan.
ii.Komponen-komponen yang terdapat dalam sistem ini
adalah:

Tangki berfungsi
untuk menyimpan bekalan air bagi sistem gelung hos ini dan ia mestilah
berasingan dengan tangki simpanan airyang lain.
Pada kebiasaannya, yang digunakan adalah berwarna merah.

Pemilihan gelung hos adalah bergantung kepada
kesesuaian sesebuah bangunan :
·
Jenis
‘Fixed’
Gelung ditarik dari
arah tepi.
·
Jenis
‘swinging’
Gelung hos ditarik
dari arah tepi melalui sudut 180 darjah dan fleksibel dari segi
kepenggunaannnya.
·
Jenis
‘Swinging Recessed’
Mempunyai ruang
penyimpanan supaya gelung hos tidak terkeluar dan ia boleh dilindungi dengan
pintu kunci.
Semasa berfungsi, ia sentiasa berada di bawah tekanan
air di mana rekabentuk bergantung kepada keadaan tapak, panjang paip,
ketinggian gelung yang tertinggi dan paras pam.
Tekanan dalam paip dan gelung hos dikawal oleh suatu tekanan dalam julat
tekanan 55psi-75psi (pam elektrik).
Setiap gelung hos berupaya mengawal
kawasan seluas 800 meter persegi dan jarak antara satu hos adalah 30
meter. Sistem ini memerlukan 5 gallon
per minit air bagi setiap gelung hos, tetapi hadnya telah ditetapkan sebanyak
30 gallon per minit untuk keperluan bagi 6 gelung hos.
4.1.5 SISTEM SPRINKLER AUTOMATIK ( AUTOMATIC SPRINKLER SYSTEM )
Sistem ini adalah berfungsi untuk mengesan, mengawal,
memadamkan kebakaran serta bertindak memberi amaran kepada penghuni bangunan
sekiranya kebakaran sedang berlaku.
Ianya dipasang dalam bangunan bagi memadamkan kebakaran pada peringkat
permulaan.
Komponen-komponen yang terdapat
dalam sistem ini adalah :

Berfungsi untuk mengepam air dari tangki ke setiap
saluran paip pada sistem ini. Ianya juga
memastikan setiap saluran paip dipenuhi dengan air pada tekanan yang telah
ditetapkan

Berfungsi apabila
tiada bekalan elektrik untuk menggantikan tugas pam elektrik

Berfungsi untuk mengepam air apabila tekanan air pada
setiap paip berkurangan.
Sistem sprinkler ini berfungsi apabila kepala
penyembur (sprinkler) mengesan kebakaran dan kenaikan suhu mendadak, serta
menyebabkan bulb pecah. Serentak
dengan itu, loceng akan berbunyi dan seterusnya air akan keluar dari kepala
semburan tersebut serta memadamkan kebakaran.
Pengeluaran dan tekanan dalam sistem akan dikesan oleh suis tekanan yang
akan terus memberi isyarat kepada pengawal pergerakan pam untuk menggerakkan
pam utama. Bagi memenuhi keperluan
tekanan dan pengeluaran, pam diesel akan terus bertindak berterusan secara
automatik. Butterfly valve
hendaklah ditutup untuk memberhentikan pengeluaran air. Di tingkat tertentu, pam diberhentikan
tugasnya secara manual.
4.1.6 SISTEM
PERALATAN KAWALAN DAN PENGGERA KEBAKARAN
i. Alat Kawalan ( Fire Alarm Panel)
Mengawasi fungsi sistem dan peralatan, menunjukkan
status pemasangan, mengenalpasti lokasi dan tindakan bagi sesuatu insiden
kebakaran. Sistem yang canggih boleh memberikan
maklumat terperinci untuk tujuan rekod dan analisa.
ii. Pengesan Haba ( Head Detector )
Ia mengesan kebakarandengan merangsang kenaikan suhu
haba dalam bangunan. Apabila berlaku kenaikan suhu yang tinggi, alat ini akan
mengesan dan seterusnya menghantar isyarat ke peti penggera, secara automatik
loceng kecemasan akan berbunyi.
iii. Pengesan Asap ( Smoke Detector )
Alat ini mengesan asap kebakaran di dalam
bangunan. Apabila ianya mengesan asap, maka
isyarat akan dihantardengan serta-merta loceng kecemasan akan berbunyi. Isyarat.kebakaran akan dihantar ke peti
penggera kebakaran.
iv. Pecah Kaca ( Break glass )
lokasi pemasangan
adalah berdekatan tangga atau laluan keluar.
Berfungsi apabiladipecahkan kaca menggunakan jari atau tukul, loceng
kecemasan akan berbunyi danisyarat lokasi kebakaran dapat dikesan pada peti
penggera kebakaran. Sistem ini juga
digerakan secara manual.
#ta ada gamba korang cari kat google imej la ek...sorry
tq....banyak mmbantu
ReplyDeletesama2
Delete