laporan akhir latihan industri politeknik

sistem pencegahan kebakaran...
3  SISTEM PENCEGAS KEBAKARAN

Sistem ini merupakan pemasangan tetap yang dirancang untuk mengesan kebakaran, membunyikan penggera kebakaran, mengawal dan memadam kebakaran.  Pemasangan sistem ini hendaklah mematuhi kod-kod amali yang telah ditetapkan.
Antara faktor yang perlu dipertimbangkan dalam menentukan peralatan ini ialah ketinggian dan keluasan bangunan tersebut.  Sistem pencegah kebakaran terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu :

·                     Sistem pencegah kebakaran (SPK) :

Tujuan system ini dipasang adalah untuk mencegah dan mengawal kebakaran diperingkat awalan.

·                     Sistem peralatan kawalan dan penggera kebakaran :
Tiga fungsi utama sistem ini adalah pengenalpastian, pengesahan kawalan, dan petunjuk penggeraan.
Pada kebiasaannya, sistem pencegahan jenis ini disambungkan bersama pendawaian elektrik dengan sistem penggera.  Ianya kemudiannya disambungkan kepada panel peti penggera kebakaran.

4.1.4   SISTEM PERALATAN PENCEGAH KEBAKARAN.
  i. Sistem Gelung Hos (Hose Reel System)
Sistem ini juga dikenali sebagai sistem bantu mula.  Dalam keadaan berfungsi, sistem ini sentiasa berada di dalam tekanan.  Pam elektik akan berfungsi apabila tekanan air menurun (ketika gelung hos dibuka) 5% daripada tekanan bekerja, bagi meninggikan semula tekanan.  Tetapi apabila berlaku kerosakan pada pam elektrik atau terputus bekalan elektrik , maka pam diesel akan dihidupkan.
ii.Komponen-komponen yang terdapat dalam sistem ini adalah:
*      Tangki

Tangki berfungsi untuk menyimpan bekalan air bagi sistem gelung hos ini dan ia mestilah berasingan dengan tangki simpanan airyang lain.  Pada kebiasaannya, yang digunakan adalah berwarna merah.

*      Gelung hos (hose reel)
Pemilihan gelung hos adalah bergantung kepada kesesuaian sesebuah bangunan :
·                     Jenis ‘Fixed’
Gelung ditarik dari arah tepi.

·                     Jenis ‘swinging’
Gelung hos ditarik dari arah tepi melalui sudut 180 darjah dan fleksibel dari segi kepenggunaannnya.

·                     Jenis ‘Swinging Recessed’
Mempunyai ruang penyimpanan supaya gelung hos tidak terkeluar dan ia boleh dilindungi dengan pintu kunci.
Semasa berfungsi, ia sentiasa berada di bawah tekanan air di mana rekabentuk bergantung kepada keadaan tapak, panjang paip, ketinggian gelung yang tertinggi dan paras pam.  Tekanan dalam paip dan gelung hos dikawal oleh suatu tekanan dalam julat tekanan 55psi-75psi (pam elektrik).  Setiap gelung hos berupaya mengawal  kawasan seluas 800 meter persegi dan jarak antara satu hos adalah 30 meter.  Sistem ini memerlukan 5 gallon per minit air bagi setiap gelung hos, tetapi hadnya telah ditetapkan sebanyak 30 gallon per minit untuk keperluan bagi 6 gelung hos.




4.1.5            SISTEM SPRINKLER AUTOMATIK ( AUTOMATIC SPRINKLER SYSTEM )

Sistem ini adalah berfungsi untuk mengesan, mengawal, memadamkan kebakaran serta bertindak memberi amaran kepada penghuni bangunan sekiranya kebakaran sedang berlaku.  Ianya dipasang dalam bangunan bagi memadamkan kebakaran pada peringkat permulaan.

Komponen-komponen yang terdapat dalam sistem ini adalah :
*      Pam elektrik (duty pump)
Berfungsi untuk mengepam air dari tangki ke setiap saluran paip pada sistem ini.  Ianya juga memastikan setiap saluran paip dipenuhi dengan air pada tekanan yang telah ditetapkan
*      Pam diesel (stand-by pump)
Berfungsi apabila tiada bekalan elektrik untuk menggantikan tugas pam elektrik
*      Pam jockey (support pump)
Berfungsi untuk mengepam air apabila tekanan air pada setiap paip berkurangan.


Sistem sprinkler ini berfungsi apabila kepala penyembur (sprinkler) mengesan kebakaran dan kenaikan suhu mendadak, serta menyebabkan bulb pecah.  Serentak dengan itu, loceng akan berbunyi dan seterusnya air akan keluar dari kepala semburan tersebut serta memadamkan kebakaran.  Pengeluaran dan tekanan dalam sistem akan dikesan oleh suis tekanan yang akan terus memberi isyarat kepada pengawal pergerakan pam untuk menggerakkan pam utama.  Bagi memenuhi keperluan tekanan dan pengeluaran, pam diesel akan terus bertindak berterusan secara automatik.  Butterfly valve hendaklah ditutup untuk memberhentikan pengeluaran air.  Di tingkat tertentu, pam diberhentikan tugasnya secara manual.






4.1.6  SISTEM PERALATAN KAWALAN DAN PENGGERA KEBAKARAN
          i.            Alat Kawalan ( Fire Alarm Panel)
Mengawasi fungsi sistem dan peralatan, menunjukkan status pemasangan, mengenalpasti lokasi dan tindakan bagi sesuatu insiden kebakaran.  Sistem yang canggih boleh memberikan maklumat terperinci untuk tujuan rekod dan analisa.

         ii.            Pengesan Haba ( Head Detector )
Ia mengesan kebakarandengan merangsang kenaikan suhu haba dalam bangunan. Apabila berlaku kenaikan suhu yang tinggi, alat ini akan mengesan dan seterusnya menghantar isyarat ke peti penggera, secara automatik loceng kecemasan akan berbunyi.

       iii. Pengesan Asap ( Smoke Detector )
Alat ini mengesan asap kebakaran di dalam bangunan.  Apabila ianya mengesan asap, maka isyarat akan dihantardengan serta-merta loceng kecemasan akan berbunyi.  Isyarat.kebakaran akan dihantar ke peti penggera kebakaran.

       iv. Pecah Kaca ( Break glass )
lokasi pemasangan adalah berdekatan tangga atau laluan keluar.  Berfungsi apabiladipecahkan kaca menggunakan jari atau tukul, loceng kecemasan akan berbunyi danisyarat lokasi kebakaran dapat dikesan pada peti penggera kebakaran. Sistem ini juga   digerakan secara manual.


#ta ada gamba korang cari kat google imej la ek...sorry



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Produk berpantang secara tradisional selamat

DAISY THAILAND LEBIH LASAK