Produk berpantang secara tradisional selamat
KEPENTINGAN BERPANTANG
“Rumitnya hendak berpantang” Ini antara keluhan yang sering didengar dari kebanyakan ibu yang baru melahirkan bayi. Jom ubah persepsi anda tentang keburukan berpantang kepada “indahnya tempoh berpantang”. Mengapa? Ini kerana penjagaan selepas bersalin amat penting untuk mempercepatkan proses pemulihan. Kehamilan memerlukan persediaan dari segi fizikal dan emosi malah rawatan dari segi dalaman dan luaran perlu diutamakan. Ternyata proses mengandung dan melahirkan memerlukan tenaga mental dan fizikal yang kuat. Kerosakan saraf dan otot mungkin berlaku dan pasti ianya memakan masa untuk dibetulkan. Apabila berpantang, ibu yang baru melalui proses kelahiran akan melalui satu fasa pemulihan dimana penjagaan yang rapi serta perhatian perlu ditiberatkan di dalam tempoh ini bagi memulihkan kesihatan jasmani dan rohani, pemulihan fizikal seperti bentuk badan dan paras rupa serta pemulihan di bahagian intim wanita khususnya dari aspek hubungan kelamin.


RAWATAN TEMPOH BERPANTANG YANG TERBAIK
Herbanika Bersalin adalah rumusan tradisional daripada Nona Roguy (NR) disediakan istimewa untuk ibu-ibu berpantang, kesihatan bersalin dan kecantikan. Ianya juga sesuai untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan selepas habis tempoh berpantang. Sesuai digunakan samada bersalin secara normal atau pembedahan.
Ramuan pusaka tradisi ini telah diamal dan dipegang kukuh dari generasi ke generasi sejak kurun ke-12. Amalan penggunaan herba ini telah diturunkan daripada mubaligh-mubaligh Arab dan keluarga Diraja Siak, Jambi, Palembang dan Keraton Solo, di Jawa Tengah.
Kini tradisi ini diperturunkan dalam bentuk yang mudah digunakan dan dapat diamalkan oleh semua orang untuk amalan kesihatan dan kecantikan badan. Berbekalkan rumusan herba-herba asli daripada khazanah hutan hujan tropika dan petua serta adat resam dahulu, rangkaian herba Nona Roguy(NR) diproses melalui penggunan mesin-mesin yang termoden dengan taraf piawaian dan ketetapan yang telah ditentukan oleh kerajaan. Produk ini adalah buatan dan keluaran Malaysia.

![]() |




RANGKAIAN 6 PRODUK SET BERSALIN NONA ROGUY
PHYTONATAL
(90 BIJI TABLET)
![]() |
Tablet Pembersih Rapi Dalaman Nona Roguy
No.siri KKM : 0908/2009/I
Harga Runcit : RM140
PHYTONATAL membantu membersihkan rahim dengan mengeluarkan angin lendiran dan mengatasi Angin Meroyan serta Murung, darah kotoran dalam sistem badan, menyegarkan fungsi rahim serta memperbanyakkan dan mengeluarkan susu ibu dengan lancar.
Ia menambahkan daya tenaga semasa dalam pantang, mengimbangi kembali sistem badan, membantu membuang lemak berlebihan, mengatasi sakit anggota, kembung perut dan melawaskan sistem pembuangan air besar serta air kecil.
Ia juga mempercepatkan pengecutan rahim dengan melancarkan pengeluaran darah nifas dan membantu mengekalkan kecantikan bentuk badan yang sihat, mantap serta menyerikan wajah.
Bersalin normal mula makan tablet PHYTONATAL pada hari ke 4 dan bersalin secara pembedahan mula makan pada hari ke 7
Lawas Buang Air Besar – Normal
2 – 4 tablet
Tidak Lawas Buang Air Besar – Sembelit
4 – 10 tablet
Terlalu Lawas Buang Air Besar – Sensitif
1 -2 tablet
Disyorkan pengambilan pada setiap waktu pagi (selepas sarapan) untuk melawaskan sistem pembuangan air besar anda pada sebelah awal petang bagi tidak mengganggu waktu tidur anda pada sebelah malam |
AKAR HERBANIKA
(10 SACHET)
![]() |
Minuman Anti-Oksidan Nona Roguy
No.siri KKM : 0908/2009/I
Harga Runcit : RM70
Digunakan secara tradisional untuk menambahkan khasiat pemakanan terutama ibu-ibu lepas bersalin, bagi menguat dan menyegarkan anggota badan, juga digunakan secara tradisional bagi lelaki dan wanita melawaskan pembuangan air kecil, membantu mengurangkan, keletihan dan sakit-sakit sendi.
Mengandungi kandungan herba antaranya:
Dos /cara pengunaan
Untuk amalan kesihatan
a) Individu –1 mug setiap kali minum (3 kali sehari )
1-2 uncang Akar Herbanika dicampurkan dengan 1 mug air mendidih. Jika terlalu pekat boleh ditambah air sehingga menjadi seperti air teh cair. Boleh dicampur dengan madu lebah untuk menyedapkan rasa teh herba itu. Minum air Akar Herbanika suam-suam panas.
b) Seisi keluarga-1 mug setiapkali minum (3 kali sehari)
2-3 uncang Akar Herbanika dicampurkan dengan 5 cawan /1 teko air mendidih. Jika terlalu pekat boleh ditambah air sehingga menjadi seperti air teh cair. Boleh dicampur dengan madu lebah untuk menyedapkan rasa teh herba itu. Minum air Akar Herbanika suam-suam panas.
c) Minuman penghilang dahaga.
Air Akar Herbanika dengan manisan madu lebah asli yang disejukkan dalam peti sejuk adalah minuman penyegar seharian seisi keluarga untuk menghilangkan dahaga. Berkhasiat melegakan kekeringan tekak dan ketidakselesaan kerongkong.
Perhatian
Simpan di tempat dingin dan kering. Jauhi daripada kanak-kanak. Jika penyakit berlarutan sila berjumpa doktor.
Pemakanan yang seimbang dan senaman perlu diamalkan.
|
MINYAK HERBANIKA
(100 ml)
![]() |
Pengurang Kesan Regangan Nona Roguy
No.siri KKM : 0908/2009/I
Harga Runcit : RM68
Digunakan secara tradisional untuk kesegaran ibu-ibu dalam pantang bersalin, menguatkan otot, melegakan batuk dan sakit anggota badan dan sendi, memperlancarkan peredaran darah dan mengurangkan kahak.
Mengandungi kandungan herba antaranya:
Dos /cara pengunaan
Sapu Minyak Herbanika di pinggang, perut, bahagian ari-ari dan celah-celah peha. Sangat mujarab digunakan untuk urutan. Boleh guna bengkung (jika perlu), ikat selesa.
Perhatian:
Guna Minyak Herbanika sebelum mengunakan Herbanika Barut.
Bagi yang bersalin secara pembedahan.
Selama sebulan: Hanya sapu Minyak Herbanika ke bahagian abdomen atas dan bawah, belakang serta bahagian pinggul dan gunakan kain barut atau bengkung untuk membarut bahagian-bahagian tersebut.
Perhatian
Simpan di tempat dingin dan kering. Jauhi daripada kanak-kanak. Jika penyakit berlarutan, sila berjumpa doktor. Pemakanan yang seimbang dan senaman perlu diamalkan |
KRIM HERBANIKA BARUT
(60 gm)
![]() |
Mengencangkan Otot Perut Nona Roguy
No.siri KKM : 0908/2009/I
Harga Runcit : RM55
Digunakan secara tradisional untuk mengencangkan kembali otot-otot perut terutamanya bagi wanita selepas bersalin. Juga digunakan untuk membantu melegakan sakit sendi dan otot.
Mengandungi kandungan herba antaranya:
Dos /cara pengunaan
Digunakan dua kali sehari pada sebelah pagi selepas mandi dan pada sebelah malam (sebelum tidur).
Cara pengunaan: Picit sekurang-kurangnya 2 inci Krim Herbanika Barut dan sapukan ke sekeliling perut dan pinggang serta bahagian yang dikehendaki. Kemudian ikat dengan mengunakan kain barut.
Perhatian
Simpan di tempat dingin dan kering. Jauhi daripada kanak-kanak. Jika penyakit berlarutan, sila berjumpa doktor. Pemakanan yang seimbang dan senaman perlu diamalkan. |
UNCANG CUCI HERBANIKA
(10 sachet)
![]() | Bertindak Sebagai Antiseptik No.siri KKM : 0908/2009/I Harga Runcit : RM100 Digunakan secara tradisional sebagai air cebok untuk kebersihan kesihatan dan kesegaran wanita untuk melegakan keputihan dan gatal-gatal ringan.
Mengandungi kandungan herba antaranya:
Dos /cara pengunaan.
Rendamkan 2 uncang Cuci Herbanika dalam ½ liter air panas mendidih. Biarkan warna air bertukar kepada kekuningan herba. Boleh masukkan 2 sudu besar garam kedalam air herba. Kemudian tambahkan sedikit air biasa agar kepanasannya tidak melecurkan kulit. Guna airnya untuk mencebok atau mengunakan kapas untuk mencuci alat sulit wanita. Boleh diamalkan pada setiap pagi, petang dan malam.
Perhatian
Simpan di tempat dingin dan kering. Jauhi daripada kanak-kanak. Jika penyakit berlarutan, sila berjumpa doktor. Pemakanan yang seimbang dan senaman perlu diamalkan. |
HERBANIKA LULUR
(100 gm)
![]() |
Digunakan Secara Tradisional Untuk Kesihatan Kulit
No.siri KKM : 0908/2009/I Harga Runcit : RM60
Mengandungi kandungan herba antaranya:
Dos/cara pengunaan
Sebelum mandi, duduk atas tikar atau plastik dan mula lulur seluruh badan seperti berikut:
½ sudu besar Herbanika Lulur dicampur dengan air panas suam serta sedikit air florida (jika perlu)
Gosokkan ke atas kulit badan, kaki, betis, tapak kaki, tangan, lengan dan belakang.
Guna air Florida untuk lulur supaya tidak bertepek-tepek.
Sapu kaki dan tapak kaki dengan air Florida dan pakai stokin yang tipis.
Perhatian
Simpan di tempat dingin dan kering. Jauhi daripada kanak-kanak. Jika penyakit berlarutan, sila berjumpa doktor. Pemakanan yang seimbang dan senaman perlu diamalkan. |
Comments
Post a Comment