KECIL TAPI MEMERITKAN

                                                     
PERANG NUKLEAR

Perang nuklear adalah peperangan yang melibatkan penggunaan senjata nuklear. Dalam sejarah tamadun manusia, senjata neklear hanya dua kali digunakan, iaitu penggunaan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki pada penghujung Perang Dunia II. Pada ketika itu, hanya pihak Amerika Syarikat sahaja yang mempunyai bom atom.
Dalam penggunaan sekarang, Perang Nuklear merujuk kepada perbalahan di mana kedua-dua pihak yang bertelingkah mempunyai simpanansenjata nuklear. Ramai yang takutkan pencetusan perang nuklear akan mengakibatkan kemusnahan menyeluruh duniawi dan akan menyebabkan kepupusan kehidupan di dunia



JENIS PERANG NUKLEAR
Perang Nuklear Terhad melibatkan penggunaan senjata nuklear taktikal dalam bilangan yang kecil dan ditujukan keseluruhannya kepada pasukan tentera musuh. Walaupun kesan sampingan akan dirasai penduduk awam, kemalangan jiwa akan terhad kepada anggota-anggota tentera yang diserang. Sasaran utama melibatkan kedudukan dan perkubuan tentera dan akan melibatkan penggunaan senjata nuklear berkuasa rendah (low yield weapons). Contohnya adalah cadangan penggunaan senjata nuklear untuk menghentikan kemaraan tentera China semasa Perang Korea.
Negara-negara kuasa nuklear semuanya mempunyai senjata nuklear berkuasa rendah untuk kegunaan taktikal untuk kegunaan oleh pemerintah medan. Walaupun berkuasa rendah, senjata nuklear taktikal masih jauh lebih bertenaga berbanding dengan senjata konvensional.
Perang Nuklear Terbuka melibatkan penggunaan bilangan senjata yang banyak melibatkan serangan di seluruh pelosok sesebuah negara, melibatkan sasaran tentera dan sasaran awam. Serangan jenis ini bertujuan melumpuhkan sepenuhnya keupayaan ekonomi, menghancurkan sepenuh struktur social dan ketenteraan negara yang diserang.
 



SENJATA NUKLEAR
Senjata nuklear adalah senjata yang mendapat tenaga dari tindak balas nuklear dan mempunyai kuasa pemusnah yang besar. Sebiji bom nuklear mampu memusnahkan sebuah bandar. Senjata nuklear hanya dua kali digunakan dalam sejarah dunia iaitu dalam Perang Dunia II oleh Amerika Syarikat terhadap bandar-bandar Jepun iaitu Hiroshima and Nagasaki.
Senjata nuklear kini dapat dilancarkan melalui pelbagai cara seperti melalui kapal terbang pengebompeluru berpandu,peluru berpandu balistik, dan peluru berpandu balistik antara benua.
                                                      



SENARAI NEGARA DENGAN SENJATA NUKLEAR
Negara kuasa nuklear adalah Amerika SyarikatRusiaUnited KingdomPerancisRepublik Rakyat ChinaIndia danPakistan. Selain itu, negara Israel dipercayai mempunyai senjata nuklear, walaupun tidak diuji dan Israel enggan mengisytiharkan sama ada ia memiliki senjata nuklear ataupun tidak. Lihat senarai negara dengan senjata nuklear untuk lebih terperinci.


                                                   
                                                 
                                                   

                                                   

# tuh baru 3gram nuklear nyer...betul2 boleh ambil ikthibar dr kisah kenapa dan apa salah meraka sampai mereka menerima azab seperti ini...
renung2kan dan selamat beramal...

Comments

Popular posts from this blog

Produk berpantang secara tradisional selamat

DAISY THAILAND LEBIH LASAK